Friday, June 20, 2014

KOLEKSI PETA

BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Beberapa hari yang lalu, saya sempat menyiapkan satu modul untuk kegunaan guru dan pelajar.

BAHAN PENGAJARAN : 
KOLEKSI PETA BERMAKLUMAT

Modul ini dapat membantu guru dari segi memperkenalkan lokasi kawasan tertentu di Malaysia, bersesuaian dengan topik pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan pelajar memahami peta serta lokasinya.
Modul ini dapat membantu pelajar untuk mengingati kedudukan pelbagai jenis mineral di Malaysia.
Selain itu, modul ini juga dapat membantu pelajar yang lemah dalam menguasai peta.

Contoh peta;

Salah satu peta yang terdapat dalam koleksi terbaru

Peta ini juga terdapat dalam versi soalan bagi memudahkan proses penyediaan soalan guru..
Peta ini amat membantu bagi pelajar yang sangat lemah dalam penguasaan peta

2 perkara yang pelajar dapat pelajari daripada Modul ini;

a. Pelajar akan kenal kedudukan negeri-negeri, apabila guru kerap menggunakan peta ini sebagai bahan bantu mengajar, pelajar akan mudah mengingati nama negeri-negeri di Malaysia

b. Guru dan pelajar dapat mendalami kedudukan sesuatu tempat dengan lebih jelas, disamping guru dapat menceritakan kelebihan tempat tersebut apabila menjelaskan tentang topik yang berkaitan.

Bagi guru-guru atau pelajar yang ingin mendapatkan modul ini, anda boleh terus email ke ayuleen@yahoo.com untuk maklumat lanjut.




No comments:

Post a Comment