Post kali ini akan menjelaskan berkaitan keberkesanan pengajaran dan pembelajran mengikut kaedah pembelajaran secara projek.
Penggunaan kaedah ini amat membantu dalam penilaian pentaksiran berasaskan sekolah dimana apabila projek berjaya dilaksanakan, penilaian terhadap pelajar dapat dijalankan dari band 1 sehingga band 6.
selain itu, manfaat project based learning juga, adalah sebagai usaha mempelbagaikan aktiviti di dalam kelas dan membantu pelajar mengurus bahan dengan baik apabila pelajar perlu membentangkan pengetahuan dan kefahaman, melakukan analisis serta menghuraikan maklumat dan mampu mencadangkan idea.
kejayaan pelajar dalam pembelajaran ini membantu dalam penghasilan kajian kes yang berkesan, iaitu markah penilaian yang tinggi dapat diberikan kepada pelajsr yang telah biasa menjalankan pbl di dalam kelas.
pendedahan terbaik sebegini akan membantu pelajar apabila berada diluar bilik darjah kerana penghasilan ini akan menunjukkan tahap pemikiran dan pembudayaan kbat selaras dengan usaha murni Kementerian Pelajaran Malaysia.
No comments:
Post a Comment